Tuesday, August 31, 2010

Sedikit Coretan

0 comments

Suatu kisah di IPG Kampus Ipoh..

Alhamdulillah, ramai daripada sahabatku join biro agama. Rasa gembira sangat. Mungkin akan memudahkan diri ini dalam perjuangan Islam sebab semua orang cinta dan mahu akan Islam. Bersemangat betul rasanya. Semua yang datang menutup aurat memenuhi pada pandangan seorang muqarrabin. Happy jer. Harap semua mempunyai matlamat yang sama iaitu menyemarakkan Islam dibumi IPG Ipoh dan TAK LEBIH DARI ITU. Buat sahabat dai'e sekalian harapan dari lubuk hati ini adalah untuk sama-sama berjuang merealisaikan matlamat yang satu, iaitu BIAH SOLEHAH.
Seorang sahabat bertanya padaku sewaktu mendengar kuliah dari Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu:
"Apa sebab anta masuk Biro Agama" soalan itu tidak dijawab olehku memandangkan dirinya lebih siqah. "em..ntah la. Semuanya dah berubah, kat sekolah dulu anta ada. Sekarang ni ana kena pikul beban tu.."

Sebenarnya beban sebagai dai'e itu perlu dirasakan oleh setiap warga yang beragama Islam. Dakwah itu wajib. Tetapi adakah kita sedar bahawa kita ini beragama ISLAM.? Persoalan itu perlu ditanya dan dijawab oleh kita sendiri. Adakah wajib perlaksanaan itu ditolak atas sebab perlaksanaannya dibuat oleh manusia yang kita tidak sukai? Ataupu kita merasakan diri kita terpaksa menolaknya sebab pembaharuan tersebut dilaksanakan tanpa sebarang calitan pada nama kita?

Kita petah berbicara soal agama tapi adakah kita melaksanakannya? Kat surau nampak baik, perfect menutup aurat, lembut pada tutur kata dan taat pada perlaksanaan ISLAM dalam pelbagai aspek hidup. Tapi hanya kat SURAU. Luar surau, aurat dah tak endah dan segala macam lagi entah kemana. Inilah golongan yang memisahkan agama dari kehidupan. Tiba waktu untuk saudara seagamanya aplikasikan keatas sosial hidup, mereka dilihat aneh, ganjil,pelik dan ingin menyusahkan. Ayat mula-mula keluar adalah "ALAH...TAK PAYAH SUSAH-SUSAH LAA..BUAT BIASA JER.." Samatelah dengan diri saya. Tafsirkanlah pada diri sendiri.



tiada pilihan ketiga

Friday, July 2, 2010

Terima Kasih Ummi

0 comments

Salam ukhwah dan persaudaraan Islam saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. Buat pembaca yang belum menerima dan faham akan kebenaran Islam, salam perpaduan saya hulurkan.

Pada semester yang lalu, saya telah mewakili Unit J2 dalam "Story Telling Contest" anjuran IPG Kampus Ipoh English Department. Cerita yang disampaikan perlu mempunyai pengajaran dan nilai-nilai murni. Namun, setelah saya berjaya melayakkan diri untuk ke separuh akhir (kalau tidak silap), saya terpaksa menarik diri lantaran mempunyai masalah pada kekangan waktu.

Pada post ini saya akan menulis sebuah cerita yang patut saya sampaikan dalam pertandingan tersebut. I hope you will enjoy it..!

Once upon a time there was a child ready to be born.

One day the child asked God, “They tell me you are going to send me to earth tomorrow but how am I going to live there being so small and helpless?”

God replied, “Among the many angels I have chosen one for you. She will be waiting for you and will take care of you.”

Said child, “But tell me here in Heaven I don’t do anything else but sing and smile. That’s what I need to be happy!”

God replied, “Your angel will sing for you every day. And you will feel your angel’s love and be happy.”

And, said the child, “How am I going to be able to understand when people talk to me, if I don’t know the language that men talk?”

“That’s easy”, God said, “Your angel will tell you the most beautiful and sweet words you will ever hear, and with much patience and care, your angel will teach you how to speak.”

The child looked up at God saying, “And what am I going to do when I want to talk to you?”

God smiled at the child saying, “Your angel will teach you how to pray.”

The child said, “I’ve heard on earth there are bad men. Who will protect me?”

God replied, “Your angel will defend you, even if it means risking life!”

The child looked sad, saying, “But I will always be sad because I will not see you anymore.”

God replied, “Your angel will always talk to you about me and will teach you the way to come back to me, even though I will always be next to you.”

At that moment there was much peace in Heaven, but voices from earth could already be heard.

The child in a hurry, asked softly, “Oh God, if I am about to leave now please tell me my angel’s name!”

God replied, Your angel’s name is of no importance…

you will simply call her


MOTHER..!




Tangisan Abadi: Rintihan Kota Granada dan Cordova

0 comments

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah,"Sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah sebenar-benar petunjuk". Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.." -Al-Baqarah 120.

Menyingkap sebuah sejarah, tersembunyi satu lipatan duka bersama kehadiran nur kegemilangan Islam di bumi Andalus. Kesyahidan sebuah negara yang mustahil akan kembali semula ke pangkuan Islam.


Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H. 21 Muharam pada tahun yang sama di mana perjanjian penyerahan kerajaan Islam terakhir Sepanyol kepada Raja Kristian, Ferdinand dan Isabella dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah ma
sing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.


Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.


Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.


Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empay
ar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.


Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.


Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”


Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.


Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka me
mbuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan
peribadinya.


Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.


Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam
sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil.


Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana.

(petikan daripada Dr Daniel Zainal Abidin)


Wallahu a’lam.


"Ya Allah, jadikanlah air mata kami sentiasa mengalir tatkala kami mengingatinya. Wahai kota-kota di Andalus, keruntuhanmu satu kehinaan bagi kami. Keruntuhanmu baru kami rasakan semalam, hilai tawa dan kerianganmu masih bergema tatkala tangan si penghancur celaka merampasmu dari kami. Ya Allah, pulangkanlah semula Andalus kepada kami"..Amin.



"MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”

Aisyah -Bonda Abu Abdullah (Sultan Terakhir Granada)

Wednesday, June 30, 2010

Kerana Cinta Mengajar Untuk Berfikir...

0 comments
Salam mahabbah buat pembaca sekalian...


"Tatkala cinta datang menggoda, seluruh cahaya dirasakan kelam, apalagi jika yang pahit itu bernilai manisan lantaran bertemu cahaya yang membenihkan bunga di hati.."

Saya teringat akan suatu kisah cinta maha agung yang diceritakan dalam Al-Quran sebagai "ahsanul qisas" iaitu kisah yang paling baik kepada seluruh umat manusia. Lipatan sejarah menceritakan bagaiman isteri Menteri Aziz, Zulaikha yang telah jatuh cita kepada seorang nabi Allah, Yusof a.s.. Diriwayatkan bahawa keadaan Zulaikha yang ketika itu jika memandang bintang terasa seperti melihat suatu hamparan wajah kekasihnya. Bagaimanapun percaturan Allah telah menganugerahkan cinta Yusof kepada Zulaikha. Alangkah bahagianya jika dikurniakan teman seperti itu.

Tetapi apa yang ingin ceritakan pada post ini adalah sebaliknya. Tatkala saya melalui kehidupan disuatu petang, saya telah melihat sepasang kekasih yang sedang berhilai tawa, mungkin ini adalah alamat kemanisan dalam persembahan hikayat cinta mereka. Buat pembaca blog ini yang selalu dirahmati Allah, persoalannya adakah kita terfikir akan kesudahan episod cinta ini? Adakah ianya akan berakhir dengan suatu pembinaan mahligai yang bertiangkan seri agama sebagai penahan badai? Jika roh anda memakai sesuatu jasad yang berdiri disuatu sudut ketika itu mungkin anda akan menyatakan tidak. Adakah diri kita merasakan bahagia jika pembenih cinta itu langsung tidak mempunyai nilai dan penghormatan agama? Apa pandangan kita terhadap seorang suami yang tidak mampu apa lagi mengurus jenazah seorang isteri disebabkan kejahilannya? Itukah cinta yang kita cari? Atau seorang isteri yang selalu menjemput mana-mana lelaki lebih kaya daripada anda tidur bersama tatkala anda keluar rumah? Tiada ertinya jika anda mendapat seorang isteri lantaran kekayaan anda, bukan melalui keluhuran budi cinta kaseh dari dalam diri anda sendiri.

Penulisan ini bukan bertujuan hendak menghukum tetapi buat mereka yang terlibat cuba fikir tentang erti dan makna pencarian dalam hubungan. Apa yang dicari dan apa yang diperoleh.

Wallahua'lam...


Kembali Menulis..

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pintu hati ini kembali bertaut untuk menjana perkongsian dalam ruangan blog ini setelah berlaku sedikit penambahbaikan terhadap penulisan-penulisan yang terdahulu. Begitulah sifat Allah yang memiliki seluruh kesempurnaan penciptaan manusia, mampu menggoncang dan mengubah sesuatu mengikut kehendaknya.