Wednesday, June 30, 2010

Kerana Cinta Mengajar Untuk Berfikir...

Salam mahabbah buat pembaca sekalian...


"Tatkala cinta datang menggoda, seluruh cahaya dirasakan kelam, apalagi jika yang pahit itu bernilai manisan lantaran bertemu cahaya yang membenihkan bunga di hati.."

Saya teringat akan suatu kisah cinta maha agung yang diceritakan dalam Al-Quran sebagai "ahsanul qisas" iaitu kisah yang paling baik kepada seluruh umat manusia. Lipatan sejarah menceritakan bagaiman isteri Menteri Aziz, Zulaikha yang telah jatuh cita kepada seorang nabi Allah, Yusof a.s.. Diriwayatkan bahawa keadaan Zulaikha yang ketika itu jika memandang bintang terasa seperti melihat suatu hamparan wajah kekasihnya. Bagaimanapun percaturan Allah telah menganugerahkan cinta Yusof kepada Zulaikha. Alangkah bahagianya jika dikurniakan teman seperti itu.

Tetapi apa yang ingin ceritakan pada post ini adalah sebaliknya. Tatkala saya melalui kehidupan disuatu petang, saya telah melihat sepasang kekasih yang sedang berhilai tawa, mungkin ini adalah alamat kemanisan dalam persembahan hikayat cinta mereka. Buat pembaca blog ini yang selalu dirahmati Allah, persoalannya adakah kita terfikir akan kesudahan episod cinta ini? Adakah ianya akan berakhir dengan suatu pembinaan mahligai yang bertiangkan seri agama sebagai penahan badai? Jika roh anda memakai sesuatu jasad yang berdiri disuatu sudut ketika itu mungkin anda akan menyatakan tidak. Adakah diri kita merasakan bahagia jika pembenih cinta itu langsung tidak mempunyai nilai dan penghormatan agama? Apa pandangan kita terhadap seorang suami yang tidak mampu apa lagi mengurus jenazah seorang isteri disebabkan kejahilannya? Itukah cinta yang kita cari? Atau seorang isteri yang selalu menjemput mana-mana lelaki lebih kaya daripada anda tidur bersama tatkala anda keluar rumah? Tiada ertinya jika anda mendapat seorang isteri lantaran kekayaan anda, bukan melalui keluhuran budi cinta kaseh dari dalam diri anda sendiri.

Penulisan ini bukan bertujuan hendak menghukum tetapi buat mereka yang terlibat cuba fikir tentang erti dan makna pencarian dalam hubungan. Apa yang dicari dan apa yang diperoleh.

Wallahua'lam...


0 comments:

Post a Comment